Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·LUAHAN NATIZEN | Jalan Meru ke Puncak Alam @ Jalan Meru Tambahan
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127

Hits
Kami menerima
12145980
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Pekan Meru, Klang, Selangor
Pengenalan




Pekan Meru di Klang adalah merupakan sebuah bandar kecil (disebut Pekan Meru) yang jaraknya kira-kira 20 km, ke Utara pusat Bandar Klang. Pekan Meru, sebelum 2008, kelihatan seperti 'pekan koboi' kerana deretan kedai zaman sebelum merdeka masih kekal bertapak dan terlalu hampir dengan simpang utama. Kawasan persimpangan yang sempit telah mengakibatkan kesesakan yang teruk terutamanya pada waktu pagi. Tidak hairanlah jika Pekan Meru, walaupun merupakan pekan yang kecil, tetapi mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi, terutamanya di kawasan persimpangan utamanya

Penduduk Pekan Meru kebanyakannya adalah daripada keturunan Melayu-Jawa. Walaupun Meru merupakan pekan yang kecil, ia sangat sibuk kerana menjadi laluan penting untuk para penduduk di Meru untuk berulang-alik dari Pekan Meru ke Bandar Klang. Daripada Pekan Meru, anda boleh menuju ke Bukit Kapar, Pekan Kapar, dan juga Kuala Selangor melalui Puncak Alam.

Jika anda melalui persimpangan Pekan Meru pada masa sekarang, ia telah dilengkapi dengan jambatan baru, menjadikan lalulintas lebih selesa dan terkawal. Biarpun keadaan telah elok, masih ada kelihatan penduduk di kawasan Meru yang enggan mematuhi peraturan lalulintas. Anda boleh melihat masih ramai penunggang motosikal tanpa memakai topi keledar melintasi simpang utama ini dan kadang-kadang melanggar lampu isyarat. Jika anda pertama kali sampai di Pekan Meru, anda tidak perlu terkejut dengan keadaan ini memandangkan penduduk kampung di sini masih lagi tebal sikap degilnya untuk mengubah keadaan dan mengikut peraturan. Saya percaya, keadaan ini akan berubah apabila gelombang pembandaran menerpa Pekan Meru pada masa akan datang.

Terdapat banyak nama-nama jalan yang menarik didengar di Meru ini. Kebanyakan nama-nama jalan diambil sempena nama buah-buahan seperti Jalan Nenas, Jalan Jambu, Jalan Kopi dan lain-lain lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan banyaknya dusun buah-buahan terdapat di Meru. Anda boleh membeli buah-buahan terutamanya buah nenas dan keladi pada harga yang murah di Meru.

Selain daripada itu, orang luar juga berkunjung ke Pekan Meru untuk meninjau harga aksesori kereta. Tayar kereta dan sport rim pelbagai jenama boleh didapati dengan mudah di keda-kedai tayar sekitar Pekan Meru.

Pekan Meru memiliki sebuah masjid baru yang cantik dan lebih besar berbanding bangunan masjid lama yang telahpun usang dan tidak lagi digunakan.

Kariah Masjid As-Syarif Meru ini termasuklah Zon Haji Mat Syarif, Zon Kampung Getah, Zon Meru Tengah, Zon Kampung Nenas, Zon Kampung Persiaran Hamzah Alang dan Zon Jalan Kenangan.

Jika anda ingin menuju ke Pekan Kapar daripada persimpangan Pekan Meru, anda akan nampak Masjid As-Syarif ini di sebelah kanan anda. Jika anda menuju ke Setia Alam, Shah Alam ataupun Klang, anda akan melalui bandar baru Klang Sentral. Kawasan ini merupakan hub pengangkutan bagi bandar Klang yang telah beroperasi pada 27 Disember 2008.

Pada masa akan datang, Pekan Meru dijangkan akan menjadi lebih sibuk dengan adanya Klang Sentral serta pasaraya besar TESCO dan Giant berhampiran Klang Sentral, yang akan menarik lebih ramai rakyat Selangor menngunjungi pekan ini.









Hakcipta © oleh Portal Kampung Meru, Klang. Hakcipta Terpelihara.

Dikemas kini pada: 2009-04-05 (13866 kali dibaca)

[ Kembali ]
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.13 Saat