Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·Sigboard jatuh
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120

Hits
Kami menerima
11760848
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Projek baik pulih perumahan terbengkalai di Bandar Alam Perdana
Dikirim pada Sunday, November 22 @ 08:01:54 UTC
Topik: Lain-lain
Lain-lainSPNB selesai 75 projek terbengkalai

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

KUALA SELANGOR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyelesaikan 75 projek terbengkalai di seluruh negara membabitkan pembinaan 23,185 unit rumah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bagi 2010 pula, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM200 juta kepada SPNB untuk meneruskan projek sedemikian.

Ketika ini, katanya, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu sudah mengambil alih 257 projek terbengkalai, termasuk pembinaan rumah kos rendah di Bandar Alam Perdana, dekat sini membabitkan 2,500 unit rumah

“Projek di Bandar Alam Perdana membabitkan nilai pembangunan RM160 juta. Dari segi jualan, ia akan membawa pulangan yang kemudian akan digunakan untuk membiayai kos pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek baik pulih perumahan terbengkalai di Bandar Alam Perdana, semalam. Projek yang terbengkalai sejak Disember 2002 itu dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

Ia membabitkan pembangunan bercampur sebanyak 3,819 unit rumah di kawasan seluas 157.2 hektar, kebanyakannya rumah kos rendah dengan 2,326 unit berharga RM35,000 setiap satu sudah terjual.

Beliau berkata, kos yang ditanggung SPNB untuk memulihkan projek terbengkalai juga bergantung kepada status projek dengan projek yang tidak mempunyai ramai pembeli akan menyebabkan kerajaan menanggung kos lebih tinggi.

Mengenai jangka masa untuk satu-satu projek terbengkalai diambil alih kerajaan, Ahmad Husni berkata, ia bergantung kepada beberapa faktor, termasuk rundingan dengan pemaju, implikasi undang-undang serta urusan dengan bank dan pembeli.

“Proses mengenal pasti projek terbengkalai dan wajar diserahkan kepada SPNB pula bergantung kepada kerajaan tempatan,” katanya.

Note http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091122010550/Article/index_html

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Lain-lain
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Lain-lain:
Projek baik pulih perumahan terbengkalai di Bandar Alam Perdana


Nilai Berita
Purata Skor: 0
Undi: 0

Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Projek baik pulih perumahan terbengkalai di Bandar Alam Perdana" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.39 Saat