JALAN-JALAN BERLUBANG DITURAP KEMBALI Dikirim pada Wednesday, January 20 @ 02:38:58 MYT
Topik: Info Khidmat Meru
|
Beberapa jalanraya-jalanraya di Kg Meru yang berlubang-lubang dan menimbulkan pelbagai masaalah kepada penduduk kampung telah mendapat perhatian ADUN Meru,
YB Dr Hj Abd Rani bin Osman.
Antara jalan-jalan yang bermasaalah ialah Jalan Kassim, Jalan Paip, Jalan Cempaka dan Jalan Kenangan. Beberapa kemalangan jalanraya yang melibatkan
penunggang-penunggang motosikal adalah antaranya di sebabkan oleh jalan-jalan yang berlubang ini.
Dr Rani telah mengarahkan pihak JKKK Kg Meru untuk melantik kontraktor tempatan bagi menjalankan penurapan jalan-jalan terbabit dengan menggunakan wang peruntukan ADUN dan di selenggarakan atas semangat gotong royong.
Beberapa penduduk yang di temui mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan pihak Pusat Khidmat Meru yang mengambil tindakan tersebut dan memudahkan orang kampung menggunakan kemudahan infrastruktur yang ada.
Note Sumber: http://khidmatmeru.blogspot.com/
|
|
| |
| Login | | Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan. | |
| Nilai Berita | Purata Skor: 0 Undi: 0
| |
|