BANTUAN PERUBATAN DAN MAKANAN TANPA MENGIRA WARNA KULIT Dikirim pada Wednesday, January 20 @ 02:46:56 MYT
Topik: Info Khidmat Meru
|
Hari Isnin adalah hari untuk mengunjungi kerumah rakyat yang bermasaalah bagi
YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman.
Kunjungan tersebut bukan terhad kepada penduduk Melayu yang beragama Islam tetapi juga penduduk kaum lain yang menganut berbagai agama.
Adik Nur Farah Hidayu bt Mohd Azlan 13 tahun, dari Jalan Iskandar, Kg Bukit Kapar telah mendapat kunjungan Dr Rani. Adik Nur Farah yang mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan jantung di IJN sekarang masih belum bersekolah kerana di nasihatkan berehat oleh pihak IJN.
Cik Selvie A/P Kanniappan 40 tahun dari Mutiara Bukit Rajah pula mengalami kecacatan dan lumpuh badan sebelah kanan serta patah kaki sebelah kanan juga di kunjungi oleh Dr Rani.
Setiap dari pesakit yang di kunjungi akan di bekalkan bekalan makanan sihat, wang perbelanjaan, bekalan ubatan dan dimana perlu juga di berikan sepasang kerusi roda.
Menurut Dr Rani, dalam ajaran Islam, memberi pertolongan kepada yang memerlukan adalah satu usaha yang mulia dan di galakkan.
Note Sumber: http://khidmatmeru.blogspot.com/
|
|
| |
| Login | | Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan. | |
| Nilai Berita | Purata Skor: 0 Undi: 0
| |
|