Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·Sigboard jatuh
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127

Hits
Kami menerima
12117561
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Wang lesap dalam kereta
Dikirim pada Wednesday, September 15 @ 03:35:49 UTC
Topik: Info Meru
Info MeruJALAN MERU - Gara-gara tertinggal dompet dalam kereta, seorang eksekutif syarikat swasta kehilangan wang tunai dan cermin keretanya turut dipecahkan dalam kejadian di hadapan sebuah klinik swasta, di sini malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa, Raof, 30, meletakkan keretanya di kawasan itu untuk ke pejabatnya tidak jauh dari kawasan itu kira-kira jam 12 tengahari. Mangsa dipercayai tertinggal dompet di dalam kereta dan sebaik selesai bekerja, dia kembali ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Sumber polis berkata, kira-kira jam 7.30 malam itu, sebaik mangsa menghampiri keretanya, dia terkejut mendapati cermin kereta sebelah pemandu pecah.

“Pada awalnya mangsa beranggapan ada pihak yang cuba mengkhianatinya bagaimanapun tersedar yang dompetnya tertinggal berhampiran kerusi pemandu.

“Sebaik menyedari dompet tiada dia terus membuka pintu kereta dan mencari namun gagal menemuinya,” katanya.

Menurutnya, dia amat kecewa selepas mendapati sejumlah wang, kad pengenalan, kad ‘smart tag’ dan beberapa dokumen lain yang disimpan lesap.

“Difahamkan dia turut bertanya kepada beberapa orang yang lalu di kawasan berkenaan tentang kejadian itu namun tiada siapa perasan.

“Mangsa kemudiannya segera ke Balai Polis Bandar Baru Klang membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis tidak menolak kemungkinan dompet mangsa yang tertinggal menjadi tarikan kepada pihak tertentu memecahkan cermin kereta.

“Kita percaya cermin kereta dipecahkan menggunakan peralatan keras seperti batu atau tukul.

“Polis mengingatkan kepada masyarakat agar jangan sesekali meninggalkan atau mempamerkan barangan berharga lain dalam kereta terutamanya ketika meninggalkan kereta di mana-mana kawasan. Tindakan sedemikian akan memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Note Sumber: Sinar Harian

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 0
Undi: 0

Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Wang lesap dalam kereta" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.23 Saat