Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·Sigboard jatuh
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 96
Ahli: 0
Jumlah: 96

Hits
Kami menerima
11776623
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Lembaga Tabung Haji mampu bayar dividen 2015
Dikirim pada Wednesday, February 03 @ 19:33:41 UTC
Topik: Info Meru
Info MeruSHAH ALAM - Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberi jaminan bahawa Lembaga Tabung Haji (LTH) berkemampuan untuk membuat pembayaran dividen kepada pendepositnya.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan kepada semakan Jabatan Audit Negara terhadap penyata pendapatan LTH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

“Berdasarkan maklumat interim yang diterima, adalah didapati LTH mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendepositnya.

“Penetapan kadar dividen LTH tahun 2015 adalah di bawah tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah LTH,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz didakwa memberi amaran kepada LTH supaya menyelesaikan masalah paras rizabnya menjadi negatif dan dijangka tidak dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Zeti dalam surat bertarikh 23 Disember 2015 kepada Pengerusi LTH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang tersebar di media sosial baru-baru ini mendakwa nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Mengikut Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan LTH tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam pada itu, Ambrin juga berkata semakan Jabatan Audit Negara yang dilakukan sebelum dividen diisytihar oleh LTH adalah merupakan satu amalan biasa.

“Ia bagi memastikan polisi perakaunan yang diguna pakai oleh LTH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 0
Undi: 0

Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Lembaga Tabung Haji mampu bayar dividen 2015" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.30 Saat