Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·Sigboard jatuh
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 130
Ahli: 0
Jumlah: 130

Hits
Kami menerima
12117771
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Susilawati ingin bantu wanita tingkat tahap kesihatan
Dikirim pada Sunday, October 28 @ 10:01:18 UTC
Topik: Info Meru
Info Meru
Utusan Malaysia [06.08.2007]
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

PENGALAMAN pahit gagal dalam beberapa perniagaan jualan langsung tidak mematahkan semangat Susilawati Mohtar, 39, untuk melibatkan diri dengan CNI.

Pada awalnya, penglibatan Susilawati tidak disokong oleh suaminya, Kahar Jaafar, 40.

Namun, dia yakin bahawa dia boleh berjaya dalam perniagaan dengan CNI kerana produknya diyakini boleh memperbaiki kesihatan.

“Orang kata, kopi Tongkat Ali hanya sesuai untuk kaum lelaki tetapi saya ingin juga mencubanya walaupun ketika itu saya mengandung.


“Apabila saya mencium bau aroma kopi CNI tersebut, saya cuba meminumnya. Hasilnya saya lebih bertenaga membuat kerja,” jelasnya yang kini menetap di Meru, Klang, Selangor.

Susilawati yakin dengan keberkesanan produk CNI mampu memberi pulangan yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi keluarga dan masyarakat.

“Saya ingin berjaya dengan CNI. Saya berasa tertarik apabila melihat orang lain mendapat kereta percuma.

“Bukan sahaja produk Tongkat Ali, saya juga yakin dengan produk Royal Jelly daripada susu lebah,” ulasnya.

Katanya, selama 12 tahun dia menderita migrain dan dia bersyukur selepas mencuba Royal Jelly CNI, kesihatannya semakin pulih.

“Jika dahulu, saya tidak boleh terdedah dengan panas tetapi dengan adanya produk CNI, aktiviti harian saya semakin lancar,” jelasnya.
Susilawati memberitahu, melalui CNI, beliau nampak peluang yang baik untuk mendapat pendapatan yang lebih.

“Saya mengambil langkah menukar semua produk di rumah kepada produk CNI, misalnya sabun basuh dan ubat gigi.

“Bulan pertama, saya mendapat bonus RM 155 dan saya yakin dengan CNI, saya boleh membantu suami. Pelbagai dugaan dan cabaran yang saya terima pada masa itu termasuk daripada suami saya sendiri,” jelasnya.

Susilawati memberitahu, sebagai wanita dia perlu bertindak membantu memantapkan ekonomi keluarga.
“Saya cuba berfikiran positif walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

“Selepas setahun, saya akhirnya berjaya membawa suami melancong ke Indonesia secara percuma pada tahun 2004.

“Ketika itu saya menyarankan suami berhenti kerja. Saya ingin menjadi orang kuat menyokong suami dalam CNI. Selang setahun, dia mendapat pakej umrah bersama suami,” katanya.

Selain kesihatan, Susilawati menjelaskan, dia ingin berjaya dengan CNI untuk membantu rakan-rakan memperbaiki kesihatan mereka khususnya kaum wanita.
“Dengan adanya produk kesihatan CNI seperti Royal Jelly, ia membantu mengurangkan risiko penyakit barah payu dara serta kencing manis,’’ jelasnya.

Tambah Susilawati, CNI juga menyediakan pakej produk kecantikan yang baik di mana Susilawati juga salah seorang perunding kecantikan.

“Dengan sokongan suami, anak-anak, Nur Faridah Arina, Siti Nur Afiqah, Siti Nur Farhana Amirah dan Siti Ainul, saya yakin boleh berjaya,” jelasnya.

Kata-kata tersebut disokong oleh suaminya, yang menganggap Susilawati sebagai pendorong dan kunci kejayaan mereka suami isteri.

Katanya, kegigihan dan kecekalan isterinya menjadi semangat kejayaan yang dikecapi mereka sekeluarga hari ini.

Susilawati pula menambah, kejayaan hari ini tidak akan tercapai tanpa bantuan intan jutawan, Siti Tumisah Selamat yang beliau anggap seperti guru.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan usahawan CNI lain yang banyak membantu dan membimbing saya.

“Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini saya ingin mencapai tahap intan jutawan,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sebarang maklumat oleh hubungiKahar Jaafar (019-326 9897)dan Susilawati Mohtar (019-276 8130)

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 3
Undi: 1


Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Susilawati ingin bantu wanita tingkat tahap kesihatan" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.34 Saat