Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Info Khidmat Meru
[ Info Khidmat Meru ]

·BANTUAN PERUBATAN DAN MAKANAN TANPA MENGIRA WARNA KULIT
·PENGUSAHA BELACAN DI BUKIT KAPAR
·JALAN-JALAN BERLUBANG DITURAP KEMBALI
·Tuisyen Rakyat untuk pelajar SPM 2010
·KEM HAFAZAN BESTARI SEMPENA CUTI SEKOLAH
·Khatan Perdana Meru 2009
·Gotong royong perdana Pekan Meru
·Kesusahan bukan penghalang kejayaan
·Forum Perdana 17 April 2009 : Membentuk Mukmin Sejati

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: EFNAZAFINA
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 123

Orang Online:
Tetamu: 90
Ahli: 0
Jumlah: 90

Hits
Kami menerima
10345693
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Larangan ketika Khatib berkhutbah
Dikirim pada Wednesday, February 08 @ 21:25:19 UTC
Topik: YobTube Video
YobTube Video


​KESILAPAN SOLAT JUMAAT​
YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

1. ​Datang lewat ke masjid​. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. ​Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat​. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. ​Tidak memenuhkan saf hadapan​. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. ​Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah​. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. ​Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah​. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. ​Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang​. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. ​Bercakap ketika khutbah​. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. ​Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib​. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..

Sama2 laaa kita amati nya..

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· MHK Vlogs
· Lebih Banyak Tentang YobTube Video
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang YobTube Video:
Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Klang.


Nilai Berita
Purata Skor: 0
Undi: 0

Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Larangan ketika Khatib berkhutbah" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.21 Saat