Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Info Khidmat Meru
[ Info Khidmat Meru ]

·BANTUAN PERUBATAN DAN MAKANAN TANPA MENGIRA WARNA KULIT
·PENGUSAHA BELACAN DI BUKIT KAPAR
·JALAN-JALAN BERLUBANG DITURAP KEMBALI
·Tuisyen Rakyat untuk pelajar SPM 2010
·KEM HAFAZAN BESTARI SEMPENA CUTI SEKOLAH
·Khatan Perdana Meru 2009
·Gotong royong perdana Pekan Meru
·Kesusahan bukan penghalang kejayaan
·Forum Perdana 17 April 2009 : Membentuk Mukmin Sejati

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 121
Ahli: 0
Jumlah: 121

Hits
Kami menerima
12117533
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
SK Sungai Binjai - Menangani segala rintangan
Dikirim pada Sunday, October 28 @ 10:29:24 UTC
Topik: Info Meru
Info MeruUtusan Malaysia [25-06-2007]

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru di Klang, Selangor ialah sekolah kebangsaan yang paling padat di Malaysia, dengan jumlah muridnya 3,185 orang.

Sebuah kelas menampung sehingga 47 orang.

Dengan jumlah murid yang cukup padat itu, maka segala sumber fizikal dan manusia yang ada, perlu digunakan sepenuhnya - termasuk bangunan kayu usang sejak tahun 1955.

Kawasan lapang sekangkang kera seluas padang tenis digunakan untuk pelbagai aktiviti kokurikulumnya secara bergilir-gilir. Padang yang berlopak pada setiap kali hujan itu turut menyukarkan kegiatan kokurikulumnya.

Lapangan tanah tar juga digunakan untuk berkawad.

Ketika membuat tinjuan ke sekolah itu baru-baru ini, timbul seribu satu persoalan tentang bagaimana dengan segala kekurangan itu, SK Sungai Binjai masih mampu mencatur kegiatan luar bilik darjah sehingga muncul sebagai salah sebuah sekolah yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi Kategori Badan Beruniform Sekolah Rendah, baru-baru ini.

Apakah kekuatan yang mendorong kepada dinamisme itu?

Guru Besar SK Sungai Binjai, Abdul Aziz Mohamad ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, kalau guru mempunyai komitmen, banyak kejayaan boleh dicapai walaupun kelihatan mustahil.

Sikap positif guru di sekolah itu sudah tergambar apabila beliau berkata:

``Lebih 70 peratus cikgu di situ tidak pernah bersungut apabila diminta datang bertugas pada Sabtu dan Ahad.''

Ditanya kalau amalan sekitar, seperti faktor pemakanan turut memberi kesan kepada `kecergasan' murid di Meru, yang majoritinya berketurunan Jawa, beliau berkata, mungkin makanan seperti tempe turut menyumbang kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

``Di kantin, memang saya galakkan menjual air soya yang dihasilkan sendiri oleh pengusaha kantin,'' katanya.

Selain itu, beliau melarang jualan makanan ringan.

Sekolah itu mencatat banyak kejayaan dari segi kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Salah satu aktiviti kokurikulum yang telah melonjakkan nama sekolah itu di peringkat kebangsaan ialah kejayaan pasukan kawad kaki sejak 2002 sehingga sekarang.

Sejak 2002, selama lima tahun berturut-turut, sekolah itu muncul johan dan naib johan pada peringkat kebangsaan, termasuk ketua platun terbaik.

Di peringat kebangsaan pula, sekolah itu yang hanya mendapat tempat ketujuh pada 2004, melonjak johan pada 2005, 2006 dan naib johan pada tahun ini,dan masih mengekalkan gelaran ketua platun terbaik.

Untuk sampai ke tahap itu, kata Abdul Aziz, peserta akan mengikuti perkhemahan latihan selama 14 minggu, iaitu dua hari setiap kali latihan.

Ditanya kalau aktiviti itu akan menjejaskan prestasi akademik murid, khususnya murid tahun enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Abdul Aziz berkata, enam daripada sembilan peserta kawad kaki mendapat 5A, dan yang lainnya sama ada mendapat 4A atau 3A.

``Jadi tidak timbul isu kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik pelajar,'' katanya.

Pada tahun ini bilangan calon UPSR sahaja berjumlah 795 orang.

Beliau menegaskan, penekanannya adalah tetap kepada kecemerlangan akademik, dan telah dibuktikannya apabila muncul terbaik keputusan UPSR Zon Meru dan mempunyai calon 5A paling ramai di Daerah Klang.

Sekolah itu juga cemerlang dalam kegiatan sukan dan permainan.

Dalam sukan bola sepak, ragbi rimau dan sofball, beberapa murid sekolah itu dipilih mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.

Menurut beliau, untuk tujuan latihan, pihak sekolah kerap menggunakan padang bandaran Meru, kerana yang sedia ada terlalu sempit dan kerap bergenang air.

Kata Abdul Aziz yang telah 32 tahun menjadi pendidik, niatnya ketika mula mentadbir di sekolah itu adalah untuk menaikkan imej sekolah berkenaan sebagai yang paling cemerlang.

Ke arah itu, antara yang dilakukannya ialah mengadakan kelas tambahan sejak awal tahun, dan mengadakan latih tubi dari semasa ke semasa.

``Formula menggandakan kekerapan latih tubi memang berkesan di sekolah saya ini,'' katanya.

Oleh sebab kos kertas yang mahal, Abdul Aziz menggunakan sepenuhnya sumber yang ada - peruntukan motivasi dan kokurikulum, dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sumbangan Wang Awam (SWA), sumbangan orang perseorangan dan sebagainya.

Ditanya sama ada beliau ada memohon untuk menjadikan SK Sungai Binjai sebagai Sekolah Kluster, Abdul Aziz berkata: ``Tunggulah sehingga infrastruktur sekolah ini dibaik pulih sepenuhnya.'

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 4.5
Undi: 6


Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"SK Sungai Binjai - Menangani segala rintangan" | Login/Daftar | 1 komen | Cari diskusi
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini

Re: SK Sungai Binjai - Menangani segala rintangan (Nilai: 1)
oleh mmnurul pada Friday, April 04 @ 17:50:12 UTC
(Info user | Kirim Pesan)
Tahniah kepada SK Meru, Sy yang pernah menjadi warganya



Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.21 Saat