Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

e-Mail pilihan
[ e-Mail pilihan ]

·Dari email: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods.
·e-Mail pilihan - Ubat dari sumber babi terdapat dipasaran Malaysia
·e-Mail pilihan - Peringatan Kepada yang suka melancong ke Thailand.

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119

Hits
Kami menerima
11760878
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2007 : SMK Perimbun, SK Puteri muncul terbaik

disumbangkan oleh Hisham pada Wednesday, October 31 @ 23:39:38 UTC

Info Meru
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Selangor, muncul juara keseluruhan kategori sekolah menengah Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2007. Keseluruhan sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri, Negeri Sembilan.

Bagi Kategori Beruniform Sekolah Rendah, johan naib johan dan tempat ketiga ialah:

1. SK Sungai Binjai Meru di Klang, Selangor

2. SK Keroh, Perak

3. SK Taman Selasih, Kedah





Kategori Badan Beruniform Sekolah Menengah

1. SMK Victoria, Kuala Lumpur

2. SMK Batu Lintang, Sarawak

3. SMK Palong 7, Negeri Sembilan

Kategori Kelab/Persatuan Sekolah Rendah

1. SK Sungai Kertas, Selangor

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Cheng, Perak

3. SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur

Kategori Kelab/Persatuan Sekolah Menengah

1. SMK Kepong, Selangor

2. SMK Jitra, Kedah

3. SMK Maktab Sabah, Sabah

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbar tentang anugerah itu memberitahu, pengetua dan guru besar bertanggungjawab untuk memberi penekanan kepada kokurikulum serta menggalakkan penglibatan ibu bapa.

``Adalah penting untuk mencambahkan pengetahuan mereka (ibu bapa) tentang pelbagai aktiviti yang dijalankan, dan seterusnya menggalakkan anak-anak untuk bergiat aktif,'' tegasnya.

Kata Menteri Pelajaran, penekanan terhadap pelaksanaan dan penglibatan dalam kokurikulum di sekolah bertujuan memastikan semua pihak - guru, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat - tidak menganggap aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti sampingan.

``Saya amat yakin bahawa kegiatan kokurikulum mampu menyediakan asas yang kukuh ke arah pembentukan jati diri pelajar secara positif serta holistik yang merangkumi peningkatan daya kepimpinan, daya saing, disiplin, kreativiti serta perkembangan kemahiran sosial pelajar, selain mengukuhkan integrasi dan interaksi dalam kalangan mereka,'' ujarnya.

Menyentuh tentang anugerah tersebut, Hishammuddin berkata, penghargaan diberikan kepada sekolah di seluruh negara yang mencipta kejayaan membanggakan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai, sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

``Anugerah ini diharap akan memberi motivasi serta perangsang kepada semua pengetua, guru besar serta guru dari seluruh negara dalam usaha mempertingkat prestasi pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Anugerah berkenaan bermula pada tahun lepas.


Note Sumber : http://www.tutor.com.my


 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 4
Undi: 1


Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2007 : SMK Perimbun, SK Puteri muncul terbaik" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.58 Saat