Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

e-Mail pilihan
[ e-Mail pilihan ]

·Dari email: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods.
·e-Mail pilihan - Ubat dari sumber babi terdapat dipasaran Malaysia
·e-Mail pilihan - Peringatan Kepada yang suka melancong ke Thailand.

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: EFNAZAFINA
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 123

Orang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67

Hits
Kami menerima
9725647
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Ops Warta pesalah trafik
Dikirim pada Saturday, November 15 @ 12:32:20 UTC
Topik: Info Meru
Info MeruUtusan Malaysia hari ini melapurkan pihak Polis sedang memburu 96,000 orang pesalah trafik yang gagal membayar saman menerusi Ops Warta 7 termasuk mengesan mereka dari rumah ke rumah dan pejabat mulai Isnin ini.

Operasi itu akan dijalankan selama sebulan iaitu sehingga 16 Disember ini dan ia melibatkan pesalah yang dikeluarkan waran tangkap dari 1 Mei hingga 31 Oktober lalu.

Usaha ini dilakukan oleh pihak Polis dan Polis yakin akan menyelesaikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah waran tangkap berkaitan.

Tiada tawaran menugrangkan jumlah saman dalm operasi ini kerana pemotongan automatik sehingga 50 peratus hanya diberi kepada mereka yang membayar dalam tempoh sebulan selepas saman dikeluarkan.

Bagi anda yang ingin memeriksa maklumat saman (jika ada) boleh mengunjungi laman web www.rilek.com.my - percubaan saya memlalau laman web ini mengalami kegagalan dengan mesej "Harap maaf, terdapat gangguan dalam masa pemprosesan"

Bagimana web laman web MYEG dilihat lebih baik dengan maklumat berkaitan 4 buah agensi kerajaan iaitu JPJ, Polis, DBKL dan eInsolveis (JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA). Bagimanapun anda perlu mendaftar dahulu bagi membolehkan anda mengunakan kemudahan yang disediakan didalamnya. Anda boleh melawat laman web tersebut melalui URL www.myeg.com.my

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 0
Undi: 0

Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Ops Warta pesalah trafik" | Login/Daftar | 1 komen | Cari diskusi
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini

Re: Ops Warta pesalah trafik (Nilai: 1)
oleh kgmeru pada Sunday, November 16 @ 08:30:33 UTC
(Info user | Kirim Pesan)
Ops Warta 7 ditangguh
Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR 15 Nov. — Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri belum menerima laporan mengenai pelancaran operasi itu daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof.

Sehubungan itu, katanya, penangguhan operasi itu perlu bagi memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk mengkaji secara menyeluruh laporan pelaksanaan Ops Warta 7.

“Kita sudah tangguhkan Ops Warta 7 dan bukannya bermula Isnin ini. Kita buat keputusan supaya operasi itu yang diumumkan (oleh Abdul Aziz) semalam, ditangguhkan sehingga saya dan Ketua Polis Negara berbincang terlebih dulu.

“Kita perlu mengkaji laporan mengenai cadangan pelaksanaan Ops Warta 7 sebelum memutuskan tarikh baru bermulanya operasi itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar mengumumkan Ops Warta sebelum mendapat pandangan atau menyerahkan laporan kepada beliau dan Musa, Ismail berkata:

“Itulah... apa-apa keputusan hanya diambil selepas perbincangan saya, Ketua Polis Negara dan juga Ketua Trafik Pasukan (Abdul Aziz), sehingga kini kita masih belum putuskan tarikh pelancarannya.”

Difahamkan, pertemuan khas melibatkan Musa, Ismail dan Abdul Aziz itu akan diadakan Isnin ini yang bertujuan bagi membincangkan operasi berkenaan.

Ismail berkata, beberapa agenda akan dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk jumlah waran tangkap yang dikeluarkan dan tempoh penguatkuasaannya.

Semalam, Abdul Aziz dalam sidang medianya mengumumkan, pihaknya memburu 96,000 orang pesalah trafik yang gagal membayar saman menerusi Ops Warta kali ini termasuk mengesan mereka dari rumah ke rumah dan pejabat mulai Isnin ini.

Operasi itu dijadual diadakan selama sebulan iaitu sehingga 16 Disember ini dan ia melibatkan pesalah yang dikeluarkan waran tangkap dari 1 Mei hingga 31 Oktober lalu.

Sepanjang Ops Warta kali ini, 4,000 pegawai dan anggota trafik di seluruh negara akan terlibat mengesan dan menjalankan tangkapan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan saman dan telah menerima waran tangkap.

Pada 10 November lalu, Musa dalam kenyataannya memberitahu, nilai kompaun bagi saman trafik tertunggak di seluruh negara kini mencecah RM1.2 bilion meliputi pelbagai kesalahan.

Menurut Ketua Polis Negara itu, jumlah tersebut meliputi pesalah yang dikenakan tindakan waran tangkap dan juga saman ke atas pesalah trafik yang belum dikemas kini alamat masing-masing.

Kata Musa, semakan yang dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kebanyakan pesalah trafik itu tidak mempunyai alamat terbaru.




Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.22 Saat