Welcome to Portal Kampung Meru, Klang.

Search   in  

 Create an AccountHome | Submit News | Your Account | Content | Topics | Links | Downloads | Top 10  

Search



Random tajuk berita

Aduan
[ Aduan ]

·Sigboard jatuh
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 2/2009
·Portal Kampung Meru, Klang. Maklumbalas 1/2009

Menu
icon_dot.gif.gif Laman Utama
icon_dot.gif.gif HoomeStayKandungan Baru !
icon_dot.gif.gif Sejarah Meru
icon_dot.gif.gif Link

Cuaca
Terdapat masaalah dengan headlines dari site ini

User info
Selamat Datang, Anonymous
Nama
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: Nurul_Ali
Baru hari ini: 0
Baru semalam: 0
Keseluruhan: 124

Orang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145

Hits
Kami menerima
12117952
paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007

  
Koperasi Sekolah Mampu Lahirkan Modal Insan Seimbang

disumbangkan oleh Hisham pada Thursday, November 01 @ 05:24:29 UTC

Info MeruSHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Penglibatan aktif pelajar dalam koperasi sekolah mampu membangunkan modal insan yang seimbang dan tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan makan gaji untuk hidup, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar.

Beliau berkata penglibatan dalam koperasi sekolah akan mendedahkan pelajar kepada bidang keusahawanan dan memberikan semangat kepada mereka untuk menjadi usahawan dan "tauke" dan bukannya hanya menjadi kuli sahaja.

Koperasi, yang berperanan melahirkan usahawan yang terdidik dengan etika perniagaan dan keperibadian tinggi, membolehkan pelajar berlainan bangsa berkongsi ilmu perniagaan, nilai murni dan menjadi rakan kongsi perniagaan yang baik.

Penghasilan modal insan seimbang ini penting bagi menyediakan usahawan dan tenaga kerja yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, katanya semasa berucap pada majlis Perjumpaan Koperasi Sekolah Terbaik Hari Koperasi Sekolah 2007 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan koperasi sekolah terbaik 2007 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluru, Perak; Naib Johan iaitu SMK Bukit Jelutong, Selangor dan tempat ketiga SMK Meru, Klang, Selangor.

Juara pertandingan itu berpeluang melancong sambil belajar di negara Asia manakala naib Johan melancong ke negara-negara anggota Asean dan tempat ketiga melancong ke Sabah atau Sarawak.

-- BERNAMA

Note Sumber: Bernama.com.my

 
Login
Nama

Katalaluan

Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan.

Link Terkait
· Lebih Banyak Tentang Info Meru
· Berita oleh kgmeru


Berita terpopuler tentang Info Meru:
JAWATAN KOSONG PEMBANTU PUSAT SUMBER TENBY INTERNATIONAL SCHOOL


Nilai Berita
Purata Skor: 4
Undi: 1


Beri nilai berita ini:

Tersangat ler Bagusnya
Sangat Bagus
Bagus
Biasa
Lemah


Opsyen

 Print Print


"Koperasi Sekolah Mampu Lahirkan Modal Insan Seimbang" | Login/Daftar | 0 komen
Komen adalah tanggung jawab pengirim.

Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini
Copyright © 2016 Portal Kampung Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan. All rights reserved. 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster www.kgmeru.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklum balas boleh disalurkan melalui email ke kgmeru@gmail.com
Paparan terbaik: 1024 x 768 dengan Internet Explorer
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Penjanaan halaman: 0.47 Saat