Bubur anak lebah
Tarikh: Saturday, December 24 @ 09:24:36 UTC
Topik: YobTube Video




Resepi ini berasal dari negeri Perak. Namun tak semua orang Perak mengenali resepi bubur anak lebah ini kerana ia lebih popular di sekitar Perak tengah.

Bubur ini kebiasannya di hidangkan atau di sediakan bagi menyambut kelahiran orang baru. Maksudnya bila ada yang dapat ahli keluarga baru, mereka akan adakan kenduri kendara dan bubur ini antara menu yang wajib ada sebagai pemanis. Atau jika tak buat kenduri pun, bubur ini akan di masak dan di berikan pada jiran tetangga, sebagai tanda mereka dah menyambut cahaya mata baru.





Artikel dari Portal Kampung Meru, Klang.
http://www.kgmeru.com

URL:
http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=article&sid=247