Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil
Tarikh: Saturday, January 14 @ 07:11:46 UTC
Topik: YobTube Video




Menjadi viral di laman sosial sebuah video yang dimuatnaik oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida, di mana beliau menyatakan kekesalan dengan kemudahan surau sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar, namun berbeza dengan tandas yang disediakan pihak hotel, begitu mewah sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.

Beliau memuatnaik video itu dengan kapsyen berbunyi "Sedihhh.. Semewah mewah hotel 5 bintang.. Suraunyer.. YaAllah... Tapi bila ke tandas. Tempat melepas.. Mewahh pula.."





Artikel dari Portal Kampung Meru, Klang.
http://www.kgmeru.com

URL:
http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=article&sid=256