Lelaki cuba bakar diri di hadapan Kaabah
Tarikh: Thursday, February 09 @ 19:07:23 UTC
Topik: YobTube Video




DUBAI: : Cubaan seorang lelaki yang bertindak menyimbah dirinya dengan minyak gasolin sebelum cuba membakar dirinya sendiri di hadapan Kaabah, di Masjid Besar di Mekah berjaya dihalang.

Polis Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an itu mengalami gangguan mental.

Tanpa mengulas lanjut, polis berkata pihak keselamatan sedang mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelakkan insiden daripada berulang.

Satu rakaman video yang dipercayai memaparkan insiden terbabit turut tersebar, namun kesahihan video itu tidak dapat disahkan.

Sumber: Astro Awani





Artikel dari Portal Kampung Meru, Klang.
http://www.kgmeru.com

URL:
http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=article&sid=290