Warga emas maut digilis lori
Tarikh: Wednesday, October 31 @ 14:34:45 UTC
Topik: Info Meru


Utusan Malaysia [27-10-2007]

KLANG 26 Okt. – Seorang warga emas maut digilis lori dalam kejadian dipercayai langgar lari berhampiran sebuah tadika antarabangsa di Jalan Meru, di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, Chang Har Looi, 69, yang menetap di No. 12, Lorong Meru, Kawasan 18 Off Jalan Meru dekat sini mati di tempat kejadian.

Separuh anggota badan mangsa hancur digilis kenderaan berat tersebut.

Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Klang, Cif Inspektor Roslan Ramli berkata, sebelum kemalangan, Har Looi yang bekerja sebagai tukang cuci dipercayai sedang mengayuh basikal untuk pergi bekerja.


Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian dia tidak dapat mengimbangi basikalnya lalu terjatuh.

“Sebuah kenderaan berat dipercayai lori yang lalu di tempat kejadian menggilis tubuh Har Looi dan terus memecut.

“Har Looi yang cedera parah dari kepala hingga badan mati di tempat kejadian,” katanya.

Tambah Roslan, mayat Har Looi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Cif Inspektor Zulkifli Hashim di talian 03-33722222 untuk membantu siasatan.






Artikel dari Portal Kampung Meru, Klang.
http://www.kgmeru.com

URL:
http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=article&sid=6