| Hits | Kami menerima 455618 paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007 | |
 | |
BANTUAN PERUBATAN DAN MAKANAN TANPA MENGIRA WARNA KULIT Wednesday, January 20 @ 02:46:56 MYT oleh
kgmeru (294 kali dibaca) | Hari Isnin adalah hari untuk mengunjungi kerumah rakyat yang bermasaalah bagi
YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman.
Kunjungan tersebut bukan terhad kepada penduduk Melayu yang beragama Islam tetapi juga penduduk kaum lain yang menganut berbagai agama.
Adik Nur Farah Hidayu bt Mohd Azlan 13 tahun, dari Jalan Iskandar, Kg Bukit Kapar telah mendapat kunjungan Dr Rani. Adik Nur Farah yang mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan jantung di IJN sekarang masih belum bersekolah kerana di nasihatkan berehat oleh pihak IJN.
Cik Selvie A/P Kanniappan 40 tahun dari Mutiara Bukit Rajah pula mengalami kecacatan dan lumpuh badan sebelah kanan serta patah kaki sebelah kanan juga di kunjungi oleh Dr Rani.
Setiap dari pesakit yang di kunjungi akan di bekalkan bekalan makanan sihat, wang perbelanjaan, bekalan ubatan dan dimana perlu juga di berikan sepasang kerusi roda.
Menurut Dr Rani, dalam ajaran Islam, memberi pertolongan kepada yang memerlukan adalah satu usaha yang mulia dan di galakkan. Note Sumber: http://khidmatmeru.blogspot.com/
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
PENGUSAHA BELACAN DI BUKIT KAPAR Wednesday, January 20 @ 02:44:12 MYT oleh
kgmeru (429 kali dibaca) | Encik Mohd Khair bin Ali, 33 tahun, seorang pengeluar belacan yang berjaya telah membuktikan bahawa minat dan ketekunan itu insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Beliau yang mewarisi kepakaran dari ayahnya yang telah mengusahakan proses membuat dan memasarkan belacan sejak dari 45 tahun yang lampau.
Sejak kematian ayahnya yang di kasehi, beliau beserta beberapa orang adik beradik dan 2 orang pekerja lain telah meneruskan perusahaan tersebut dan alhamdulilah hasil dari jualannya dapat menampung keperluan hidupnya sekeluarga.
YB Dr Abd Rani yang melawat bengkel tempat di usahakan belacan-belacan tersebut di beritahu bahawa Encik Mohd Kair mampu mengeluarkan sebanyak 1,000 bungkusan belacan sehari. Note Sumber: http://khidmatmeru.blogspot.com/
| | (baca selanjutnya... | 1188 byte lagi | komen? | Nilai: 0) |
|
JALAN-JALAN BERLUBANG DITURAP KEMBALI Wednesday, January 20 @ 02:38:58 MYT oleh
kgmeru (333 kali dibaca) | Beberapa jalanraya-jalanraya di Kg Meru yang berlubang-lubang dan menimbulkan pelbagai masaalah kepada penduduk kampung telah mendapat perhatian ADUN Meru,
YB Dr Hj Abd Rani bin Osman.
Antara jalan-jalan yang bermasaalah ialah Jalan Kassim, Jalan Paip, Jalan Cempaka dan Jalan Kenangan. Beberapa kemalangan jalanraya yang melibatkan
penunggang-penunggang motosikal adalah antaranya di sebabkan oleh jalan-jalan yang berlubang ini.
Dr Rani telah mengarahkan pihak JKKK Kg Meru untuk melantik kontraktor tempatan bagi menjalankan penurapan jalan-jalan terbabit dengan menggunakan wang peruntukan ADUN dan di selenggarakan atas semangat gotong royong.
Beberapa penduduk yang di temui mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan pihak Pusat Khidmat Meru yang mengambil tindakan tersebut dan memudahkan orang kampung menggunakan kemudahan infrastruktur yang ada.
Note Sumber: http://khidmatmeru.blogspot.com/
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
Tuisyen Rakyat untuk pelajar SPM 2010 Tuesday, December 01 @ 23:00:32 MYT oleh
kgmeru (598 kali dibaca) | Pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru telah membuka pendaftaran untuk Tuisyen Rakyat untuk pelajar SPM 2010 secara percuma. Semua pelajar dan ibubapa yang berminat boleh terus berhubung kepada KPMI bertugas Encik Baharom bin Basiron 017-3531432 dengan mengambil borang PTRS dan mendaftar terus di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Tuisyen SPM secara percuma yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor adalah satu produk terbaik untuk semua masyarakat menyertainya terutama calon SPM bagi meringankan keluarga yang kurang mampu, selain pendekatan yang baik untuk lulus dalam peperiksaan yang dipimpin oleh guuru-guru pakar dalam mata pelajaran SPM Note http://khidmatmeru.blogspot.com/
| | (baca selanjutnya... | 790 byte lagi | komen? | Nilai: 0) |
|
KEM HAFAZAN BESTARI SEMPENA CUTI SEKOLAH Tuesday, November 24 @ 23:28:55 MYT oleh
kgmeru (451 kali dibaca) | Satu program cuti sekolah, KEM HAFAZAN BESTARI akan diadakan di Masjid As Syarif Meru pada 5 hb Disember 2009-26 Dis 2009 selama 3 minggu.
Program ini dianjurkan oleh pihak masjid yang dikendalikan oleh guru-guru pengalaman dari bidang tahfiz. Semua Permohonan program ini melalui Encik Baharom Basiron (017-3531432, 03-33934877) atau Ustazah Hasimah (019-2807371).
Diantara objektif program ini adalah untuk menggalakan semua anak-nak mencintai dan mahir dalam Al Quran disamping memanafaatkan cuti sekolah penggal 2009. Note http://khidmatmeru.blogspot.com
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
Gotong royong perdana Pekan Meru Friday, July 10 @ 21:18:06 MYT oleh
kgmeru (369 kali dibaca) | Satu Gotong Royong Perdana Pekan Meru akan diadakan pada 12hb Julai 2009 (Ahad) jam 8.00 pagi-12.00 tghari .
Disamping itu juga satu pusat Jualan Kitar semula akan diadakan di Dewan MPK Meru oleh Alam Flora Sdn Bhd.
Semua penduduk Pekan Meru diminta terlibat keluar beramai-ramai menjayakan program ini sempena Kempen Kebersihan Pekan Meru. Program akan dirasmikan oleh ADUN Meru, YB Dr Hj Abd Rani Bin Osman.

| | (baca selanjutnya... | 1 komen | Nilai: 5) |
|
Kesusahan bukan penghalang kejayaan Thursday, April 30 @ 20:16:40 MYT oleh
kgmeru (398 kali dibaca) |   Satu program khas , Ceramah Motivasi untuk semua pelajar di Meru akan diadakan pada 4hb Mei 2009 jam 8.30 malam di Masjid As Syarif Meru yang dianjurkan oleh JKKK Kg Meru. Semua pelajar dijemput hadir untuk berkongsi pengalaman dalam kejayaan SPM. Adik Madihah adalah Pelajar Terbaik SPM 2008 yang mendapat 20 A dalam semua mata pelajaran yang diiambil.
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
Forum Perdana 17 April 2009 : Membentuk Mukmin Sejati Sunday, April 05 @ 02:38:13 MYT oleh
kgmeru (365 kali dibaca) | Satu Forum Perdana hal Ehwal Islam anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Klang bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru dan JKKK Kg Bukit Kapar akan diadakan pada 17 April 2009 jam 9.00 malam di Padang Awam jalan Kopi Kg Bkt Kapar.
Antara ahli panel adalah Dato' Ismail Kamus, Dato' Hashim Yahaya dan Dato' Haron Din. Maderator adalah Dato' Hassan Ali, Exco Agama Negeri Selangor.
Semua jemaah seluruhnya dijemput hadir dalam majlis yang indah ini. Tajuk adalah "MEMBENTUK MUKMIN SEJATI"
Note Dihantar oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
ADUN MERU MINTA BANTUAN CARI ORANG HILANG Saturday, December 27 @ 17:20:42 MYT oleh
kgmeru (375 kali dibaca) |  Encik Mohd Hanafi Bin Paiman 38 tahun telah datang ke Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Meru meminta bantuan YB Meru untuk mencari isterinya yang menghilangkan diri sejak 29 Nov 2008. Isterinya Masriah binti Adbul Ghafar No KP 690529-10-5664 yang beralamat No 45 Bt 21/2 Jalan Jambu Meru mempunyai 6 orang anak telah meninggalkan rumah sejak tarikh tersebut hingga hari ini.
Kes ini dilaporkan ke Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Pihak YB Dr Hj Abdul Rani Bin Osman meminta jasa baik orangramai untuk memberi maklumat bagi membantu Encik Mohd Hanafi untuk mencarinya dimana anak-anaknya amat merindui ibunya. Menurut suaminya, isterinya sejak akhir ini mengalami "meroyan" sejak melahirkan anak yang ke enam . Sebarang maklumat boleh terus hubungi pihak Mohd Hanafi bin Paiman 019-2925609 atau Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Meru atau Balai Polis berdekatan.
http://khidmatmeru.blogspot.com/2008/12/adun-meru-minta-bantuan-cari-orang.html
| | (komen? | Nilai: 0) |
|
| |
| Gallery stats | coppermine Albums: 9
Pictures: 72 · Views: 7738 · Votes: 749 · Comments: 0
| |
| Login | | Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan. | |
|